MANDAI makanan tradisonal masyarakat Banjar
Makanan ini sudah mula dilupakan oleh
masyarakat Banjar khasnya generasi hari ini, walaupun saya bukan Banjar ( saya
jawa Malaysia), tetapi setelah merasainya di rumah kawan, langsung saya
tertarik dan mencubanya, sejak itu ainya jadi salah satu masakan kegemaran
keluarga saya.
Membuatnya juga tidak susah. Anda hanya
perlu memilih kulit cempedak yang agak tebal, kemudiannya buang kulit arinya(
kulit luar yang menggerutu) kemudiannya di putong kecil-kecil. Ada setengah suka jeraminya sekali-itu terpulang sama ada anda
mahu memeram jeraminya sekali atau tidak.
Kulit yang dah siap dipotong di basuh dan
toskan.setelah kering, ambik garam halus- kalau 1 biji cempedak dalam anggaran
2-3 genggam garam halus, gaul kan rata dan kemudiannya masukkan dalam balang. Peraplah.
Sebenarnya dalam masa 3 hari ainya sudah
boleh dimasak,namun ia boleh di simpan hingga bertahun lamanya....jika anda membuatnya hari ini, ianya sesuai kita gunakan untuk makan sahur pada bulan puasa nanti.
cara memasaknya:
bahan-bahannya:
1 mangkok mandai
1 cawan ikan bilis
1 cawan bawang besar mayang
bawang putih ikut suka
cili api ikut suka
minyak untuk menumis.
cara membuantnya;
1. rendam mandai di dalam air panas, bila sejuk, ramas dan toskan sahingga kering
2. panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih , cili, ikan bilis hingga layu kemudiannya masukkan mandai- kalau anda rasa kurang masin tambah garam- tapi selalunya mandai sudah mempunyai rasa masin yang tersendiri.
ianya juga boleh ditambahkan dengan kentang goreng dan lain2 seperti daging yang sudah di rebus terlebih dahulu ikut selera dan cita rasa anda.
mandai sedap dimakan bersama nasi panas2...
selamat mencuba,