Rabu, 29 Oktober 2014

spinech poh Choy goreng

Spinech Poh Choy merupakan sejenis bayam yang selalu dimasak oleh kaum cina, masyarakat kita jarang menggunakannya dalam masakan, tidak tahu mengapa sedangkan ianya sejenis sayuran yang enak dan berkhasiat terutamanya vitamin c dalam sayuran berdaun
 hijau.

Saya suka sayur ini terutamanya bila di goreng dengan daging cincang.

Bahan-bahan yang saya gunakan.

2 ikat Poh Choy
1 cawan daging cincang
1 cawan bawang yang sudah di mayang
1/2 cawan bawang putih mayang
2 sudu lada hitam
minyak untuk menumis
garam ikut suka

caranya mudah sahaja>

siang dn basuh bersih sayur, asingkan batang dan daunnya.kemudiannya panaskan minyak dalam  kuali/periok dan masukkan bawang dan juga bawng putih, biar hingga keperangan tetapi jangan sampai hangus.Kemudian masukkan lada hitam, kacau rata.barulah masukkan daging cincang, gaul sebati dan biiarkan sekejap hingga daging masak baru ditambah dengan 1/2 cawan air.

masukkan pula batang sayur, kacau anggaran 5 minit baru masukkan daunnya, kacau sahingga semuanya layu dan berkilat, masukkan garam. kemudiannya bolehlah diangkat.




Jumaat, 24 Oktober 2014

RENDANG DARAT PEGAGA LADA HITAM

Rendang darat sangat sesuai untuk mereka yang dalam berpantang sama ada  berpantang kerana bersalin ataupun menjalani pembedahan.

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

1/2 kilo daging
2 ikat pegaga.
4 sudumakan lada hitam yang telah di tumbuk
2 sudumakan  bawang putih dimayang
3 sudumakan bawang besar dimayang
3 sudu makan halia tumbuk
2 sudu makan lengkuas tumbuk
1 mangkok santan
garam ikut suka

cara memasaknya

daging dipotong ikut suka an direbus hingga empok.
setelah daging empok masukkan semua bahan termasuk keseluruhan  pegaga yang telah di potong terlebih dahulu.
masukkan garam ikut suka.
masak sahingga kering.


mudahkan.

sedap dimakan bukan sahaja dengan nasi tetapi juga dengan roti.
jika anda tak suka daging, boleh gunakan ayam

DADA AYAM GULONG

Bahan yang diperlukan:

1 keping dada ayam yang sudah di  buang tulang. di belahdua dan kemudiannya di ketuk sahingga nipis..
bubuh garam -seeloknya guna garam buloh.
dua sudu lada hitam yang di tumbuk dengan 2 ulas bawang putih. dan juga seketul ( anggaran  besar ibu jari) kunyit hidup lumurkan ke dada ayam yang telah nipis dan biarkan selama 20 minit.

untuk tengahnya:

ikut suka anda nak bubuh apa-apa herba. saya  susunkan daun bawang, bubuh sedikit peria dan juga parutan lobak merah.atur ikut suka dan kemudiannya gulong ketat dan rapi. ikat dengan bebenang atau pun tali.

panaskan minyak dalam kuali dan kemudiannya goreng gulungan dada ayam sahingga garing dan kekuningan dan garing.

angkat dan buang tali pengikatnya. potong ikut suka.

untuk sosnya:

2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili masak
2 sudu perahan lemon
1 sudu parutan lemon
2 sudu  kecil madu
1 cawan air masak
garam ikut rasa

kesemuanya di tumbuk halus dan kemudiannya masukkan parutan lemon dan juga  air nya. kacau rata kemudiannya masukkan madu dan juga juga air masak. anda boleh memasaknya diatas api seketika untuk menjadikannya sebati dan kemudiannya bolehlah di tuangkan diatas gulungan ayam saat mahu memakannya.
dada ayam gulong

Selasa, 21 Oktober 2014

KEPAK AYAM MASAK KAREMAL BAWANG

Selepas keluar dari hospital saya dinasihatkan untuk mengambil beras perang... aduhhh beras ini memangnya kureng sadikit sedapnyaa dibandingkan dengan beras biasa. namun bagitulah yng baik itu selalunya kurang malah kadang tak sedap langsng.

saya mencuba berbagai lauk. Alhamdulillah hari ini saya jumpa lauk yang sedap dipadan kan dengan beras ini. saya namakanKepak  Ayam masak karemel bawang.

Bahan-bahannya

2 pasang kepak ayam
1 batang lobak merah
5 biji kentang
10 biji bawang besar
1  labu bawang putih
1  cawan daun bawang
1 sudu serbuk kayu manis
4 cawan air
1 suduparutan kulit lemon
garam ikut rasa
3 sudu makan minyak untuk menumis

Cara membuatnya.

1. kepak ayam di bersihkan dan potong ikut suka.
2. Bawang besar dan bawng putih dimayang.
3. panaskan minyak dan kemudiannya masukkan kesemua bawang  dan serbuk kulit kayu manis kacau dan kemudiannya tutup kuali/ periok. biarkan dalam 10 minit. kacau semula.
4. masukkan ayam.kacau rata . masukkan 4 cawan air, lobak dan kentang yang telah dipotong.tutup semula periok.
5.masukkan parutan kulit lemon serta garam, kacau rata.
6. bila kering masukkan daun bawang.
Kepak Ayam masak karemal bawang
bukan sahaja enak dimakan bersama nasi tetapi juga enak dimakan bersama roti dan juga di buat pencecah lempeng.