1 keping dada ayam yang sudah di buang tulang. di belahdua dan kemudiannya di ketuk sahingga nipis..
bubuh garam -seeloknya guna garam buloh.
dua sudu lada hitam yang di tumbuk dengan 2 ulas bawang putih. dan juga seketul ( anggaran besar ibu jari) kunyit hidup lumurkan ke dada ayam yang telah nipis dan biarkan selama 20 minit.
untuk tengahnya:
ikut suka anda nak bubuh apa-apa herba. saya susunkan daun bawang, bubuh sedikit peria dan juga parutan lobak merah.atur ikut suka dan kemudiannya gulong ketat dan rapi. ikat dengan bebenang atau pun tali.
panaskan minyak dalam kuali dan kemudiannya goreng gulungan dada ayam sahingga garing dan kekuningan dan garing.
angkat dan buang tali pengikatnya. potong ikut suka.
untuk sosnya:
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili masak
2 sudu perahan lemon
1 sudu parutan lemon
2 sudu kecil madu
1 cawan air masak
garam ikut rasa
kesemuanya di tumbuk halus dan kemudiannya masukkan parutan lemon dan juga air nya. kacau rata kemudiannya masukkan madu dan juga juga air masak. anda boleh memasaknya diatas api seketika untuk menjadikannya sebati dan kemudiannya bolehlah di tuangkan diatas gulungan ayam saat mahu memakannya.
dada ayam gulong |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan