Ahad, 26 Mei 2013

masak lemak cili api pucuk ubi dan tempe peram

kebanyakan kita hanya menggunakan tempe yang elok-elok, yang putih melepak untk di goreng di gulai tetapi selalu mengetepikan tempe yang sudah mula lembik dan hilang warna putihnya.

tetapi sebenarnya tempe yang di peram ( sengaja di biarkan busuk), memang baunya agak busuk, tetapi bila kita dah tumis, baunya akan hilang langsung.

Bahan-bahannya ialah:

1.beberapa biji tempe yang sudah di peram
2.pucuk ubi
3.santan kelapa
tempe peram
4.ikan bilis
5. bawang merah - blender
6.cili api - blender.
7.garam
8. minyak untuk menumis.

cara memasaknya:

1. potong tempe ikut suka
2. pucuk ubi di rendam dama air garam dan di ramas beberapa kali.
3. tumis bahan-bahan blen dan juga ikan bilis.,
4 masukkan tempe dan  ditumis  dalam anggaran 15 minit..
5. masukkan pucuk ubi, gaul rata dan tambah 3 gelas air, biar hingga mendidih.
6. maukkan santan, garam dan serbuk perisa jika suka. biar hingga mendidih sekali lagi.
7. setelah menggelegak-siap untuk di hidangkan.

Jumaat, 24 Mei 2013

DALCA KULIT TEMBIKAI.

hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi  makanan yang agak asing bagi setengah orang- iaitu kulit tembikai yang biasanya kita buang bagitu sahaja.

kesukaran hidup satu masa lalu mengenalkan saya tentang enaknya kulit tembikai yang boleh di perbagaikan kegunaannya dari di buang bagitu sahaja, 

Bahan-bahan nya
1 mangkok kulit tembikai- buang kulit  luarnya dan ambil tengah nya.
1 mangkok perut lembu- dibersihkan dan dipotong-ikut suka
2 biji terong
2 biji kentang
2 cawan kacang dal- saya suka guna kacang dal yang merah/kuning kecil-senang hancur.

bahan-bahan  tumis

1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 ulas bawang putih-  di tumbuk
2 ulas bawang merah- ditumbuk
2 biji pelaga
1/2 inci halia.- di tumbuk
2 sudu besar rempah kari daging


caranya:
1. rebus kacang dal hingga empok.
2. masukkan terong dan kentang, juga perut lembu dan juga kulit tembikai.
3. dalam periok lain, panaskan minyak  sadikit sahaja, tumis semua bahan tumis dan juga masukkan rempah kari, biar hingga naik baunya.
4. ketika gulai anda menggelegak, masukkan bahan tumis ke dalam periok dalca, kacau dan kemudiannya boleh lah bubuh garam, perasa (jika suka) , air asam jawa sedikit. sesuaikan dgn selera anda.

enak dimakan bersama nasi dan juga roti
juga enak di tumis dgn ikan bilis atau udang.
Dalca


Khamis, 23 Mei 2013

SAMBAL SERAI

sambal serai ini sebenarnya memerlukan kesabaran untuk membuatnya.
bahan-bahan yang kita perlukan adalah

1 mangkok belimbing buloh
1 mangkok serai yang sudah di racik
1 mangkok ikan bilis

ketiga-tiga bahan ini di blender -tidak perlu halus sangat dan biarkan selama 3 jam.


bahan-bahan tumis:

1 mangkok bawang merah
1 mangkok bawang putih
1 mangkok cili api ( ikut suka pedas mana anda nak)
panas kan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut.
bila air agak kering, masukkan belimbing  serai yang sudah di perap tadi, gunakan api perlahan dan masak selama 3 jam, kerap di bolak balikkan supaya serata.Masukkan juga garam, serbuk perasa ( jika suka) dan sedikit  gula perang. kalau belimbing agak masak, ianya akan lebih berair dan memerlukan masa yang lebih lama untuk menjadikan ianya kering.
sedap dimakan dgn nasi panas dan juga roti. ianya juga tahan di simpan lama.