kesukaran hidup satu masa lalu mengenalkan saya tentang enaknya kulit tembikai yang boleh di perbagaikan kegunaannya dari di buang bagitu sahaja,
Bahan-bahan nya
1 mangkok kulit tembikai- buang kulit luarnya dan ambil tengah nya.
1 mangkok perut lembu- dibersihkan dan dipotong-ikut suka
2 biji terong
2 biji kentang
2 cawan kacang dal- saya suka guna kacang dal yang merah/kuning kecil-senang hancur.
bahan-bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 ulas bawang putih- di tumbuk
2 ulas bawang merah- ditumbuk
2 biji pelaga
1/2 inci halia.- di tumbuk
2 sudu besar rempah kari daging
caranya:
1. rebus kacang dal hingga empok.
2. masukkan terong dan kentang, juga perut lembu dan juga kulit tembikai.
3. dalam periok lain, panaskan minyak sadikit sahaja, tumis semua bahan tumis dan juga masukkan rempah kari, biar hingga naik baunya.
4. ketika gulai anda menggelegak, masukkan bahan tumis ke dalam periok dalca, kacau dan kemudiannya boleh lah bubuh garam, perasa (jika suka) , air asam jawa sedikit. sesuaikan dgn selera anda.
enak dimakan bersama nasi dan juga roti
juga enak di tumis dgn ikan bilis atau udang. |
sedapnya... nanti bila ada masa rina cuba guna udang XD
BalasPadamthanks Rina
BalasPadam