Selasa, 5 Ogos 2014

TAT ROTI MAYONIS

Bahan-bahannya

1 buku roti potong- ambil tengahnya sahaja
½ botol mayonis
2 sudu besar udang kering di kisar
½ batang lobak merah di parut
½ cawan daun sadari di cincang
1 sudu besar lada hitam
1 biji lemon
Garam, gula planta,
1 biji cili.

Cara membuatnya:

Setelah ditekap bulat, masukkan roti dalamacuan bulat yang telah disapu planta, kemudiannya sapu juga di atasnya.

Bakar selama 15 minit 180 darjah selcius.
Sejukkan.
Tuang mayonis dalam bekas, masukkan bawang kering, lada hitam lobak, daun saderi  ,perahkan lemon dan kacau.
Masukkan kedalam  tat roti bila mahu di hidangkan.
Hias ikut suka.

nota: seeloknya dilapik dengan daun -daun seperti salad, kobis baru di letakkan  campuran mayonis bagi mengelakkan roti cepat lembik dan tidak rangup.


Khamis, 22 Mei 2014

ROTI TELOR BAKAR

BAHAN-BAHANNYA

Beberapa keping roti potong
beberapa biji telor
sambal tumis
sedikit daun  sup atau kuchai untik hiasan.

CARANYA

tekap roti dengan cawan/ gelas ditengahnya dan kemudiannya di masukkan kedalam acuan pembakar yang sudah di sapu dengan sedikit planta.
pecahkan telor ditengahnya.
kemudiannya letaklah sedikit sambal tumis lebihan yang kita makan malam tadi.
bubuh daun sup atau kucai buat hiasan.
bakar dalam ketuhar selama 15 minit -


Ahad, 26 Mei 2013

masak lemak cili api pucuk ubi dan tempe peram

kebanyakan kita hanya menggunakan tempe yang elok-elok, yang putih melepak untk di goreng di gulai tetapi selalu mengetepikan tempe yang sudah mula lembik dan hilang warna putihnya.

tetapi sebenarnya tempe yang di peram ( sengaja di biarkan busuk), memang baunya agak busuk, tetapi bila kita dah tumis, baunya akan hilang langsung.

Bahan-bahannya ialah:

1.beberapa biji tempe yang sudah di peram
2.pucuk ubi
3.santan kelapa
tempe peram
4.ikan bilis
5. bawang merah - blender
6.cili api - blender.
7.garam
8. minyak untuk menumis.

cara memasaknya:

1. potong tempe ikut suka
2. pucuk ubi di rendam dama air garam dan di ramas beberapa kali.
3. tumis bahan-bahan blen dan juga ikan bilis.,
4 masukkan tempe dan  ditumis  dalam anggaran 15 minit..
5. masukkan pucuk ubi, gaul rata dan tambah 3 gelas air, biar hingga mendidih.
6. maukkan santan, garam dan serbuk perisa jika suka. biar hingga mendidih sekali lagi.
7. setelah menggelegak-siap untuk di hidangkan.

Jumaat, 24 Mei 2013

DALCA KULIT TEMBIKAI.

hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi  makanan yang agak asing bagi setengah orang- iaitu kulit tembikai yang biasanya kita buang bagitu sahaja.

kesukaran hidup satu masa lalu mengenalkan saya tentang enaknya kulit tembikai yang boleh di perbagaikan kegunaannya dari di buang bagitu sahaja, 

Bahan-bahan nya
1 mangkok kulit tembikai- buang kulit  luarnya dan ambil tengah nya.
1 mangkok perut lembu- dibersihkan dan dipotong-ikut suka
2 biji terong
2 biji kentang
2 cawan kacang dal- saya suka guna kacang dal yang merah/kuning kecil-senang hancur.

bahan-bahan  tumis

1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 ulas bawang putih-  di tumbuk
2 ulas bawang merah- ditumbuk
2 biji pelaga
1/2 inci halia.- di tumbuk
2 sudu besar rempah kari daging


caranya:
1. rebus kacang dal hingga empok.
2. masukkan terong dan kentang, juga perut lembu dan juga kulit tembikai.
3. dalam periok lain, panaskan minyak  sadikit sahaja, tumis semua bahan tumis dan juga masukkan rempah kari, biar hingga naik baunya.
4. ketika gulai anda menggelegak, masukkan bahan tumis ke dalam periok dalca, kacau dan kemudiannya boleh lah bubuh garam, perasa (jika suka) , air asam jawa sedikit. sesuaikan dgn selera anda.

enak dimakan bersama nasi dan juga roti
juga enak di tumis dgn ikan bilis atau udang.
Dalca


Khamis, 23 Mei 2013

SAMBAL SERAI

sambal serai ini sebenarnya memerlukan kesabaran untuk membuatnya.
bahan-bahan yang kita perlukan adalah

1 mangkok belimbing buloh
1 mangkok serai yang sudah di racik
1 mangkok ikan bilis

ketiga-tiga bahan ini di blender -tidak perlu halus sangat dan biarkan selama 3 jam.


bahan-bahan tumis:

1 mangkok bawang merah
1 mangkok bawang putih
1 mangkok cili api ( ikut suka pedas mana anda nak)
panas kan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut.
bila air agak kering, masukkan belimbing  serai yang sudah di perap tadi, gunakan api perlahan dan masak selama 3 jam, kerap di bolak balikkan supaya serata.Masukkan juga garam, serbuk perasa ( jika suka) dan sedikit  gula perang. kalau belimbing agak masak, ianya akan lebih berair dan memerlukan masa yang lebih lama untuk menjadikan ianya kering.
sedap dimakan dgn nasi panas dan juga roti. ianya juga tahan di simpan lama.

Jumaat, 29 Jun 2012


MANDAI makanan tradisonal masyarakat Banjar

Makanan ini sudah mula dilupakan oleh masyarakat Banjar khasnya generasi hari ini, walaupun saya bukan Banjar ( saya jawa Malaysia), tetapi setelah merasainya di rumah kawan, langsung saya tertarik dan mencubanya, sejak itu ainya jadi salah satu masakan kegemaran keluarga saya.
Membuatnya juga tidak susah. Anda hanya perlu memilih kulit cempedak yang agak tebal, kemudiannya buang kulit arinya( kulit luar yang menggerutu) kemudiannya di putong kecil-kecil. Ada setengah suka  jeraminya sekali-itu terpulang sama ada anda mahu memeram jeraminya sekali atau tidak.
Kulit yang dah siap dipotong di basuh dan toskan.setelah kering, ambik garam halus- kalau 1 biji cempedak dalam anggaran 2-3 genggam garam halus, gaul kan rata dan kemudiannya masukkan dalam balang. Peraplah.
Sebenarnya dalam masa 3 hari ainya sudah boleh dimasak,namun ia boleh di simpan hingga bertahun lamanya....jika anda membuatnya hari ini, ianya  sesuai  kita gunakan untuk makan sahur pada bulan puasa nanti.

cara memasaknya:

bahan-bahannya:
1 mangkok mandai
1 cawan ikan bilis
1 cawan bawang besar mayang
bawang putih ikut suka
cili api ikut suka
minyak untuk menumis.

cara membuantnya;

1. rendam mandai di dalam air panas, bila sejuk, ramas dan toskan sahingga kering
2. panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih , cili, ikan bilis hingga layu kemudiannya masukkan mandai- kalau anda rasa kurang masin tambah garam- tapi selalunya mandai sudah mempunyai rasa masin yang tersendiri.
ianya juga boleh ditambahkan dengan kentang goreng dan lain2 seperti daging yang sudah di rebus terlebih dahulu ikut selera dan cita rasa anda.

mandai sedap dimakan bersama nasi panas2...

selamat mencuba,

Jumaat, 24 Jun 2011

jeruk kobis



Anda pernah tak dengar kimci?, kalau anda kepasar anda tentunya akan menemui kobis yang berwarna merah, ataupun setengah orang memanggilnya kobis jeruk, biasanya ianya di beli oleh orang-orang cina. mungkin sebab itu ia agak asing buat kita.kalau anda was-was untuk membelinya dipasar raya, bagaimana kalau kita cuba membuatnya sendiri, kerana ianya dapat kita gunakan di saat kita mungkin kehabisan bahan untuk masak sedangkan ade tetamu yang berkunjung ke rumah, atau kita jadikan menu waktu sesak.

caranya ialah:

Untuk air garam ini:

* 250g garam * 3 1 / 3 cawan air



Untuk bahan:

* 11 lbs. kubis bunga atau kobis biasa.

* 3 lbs. lobak putih

* 2 bawang

* 3 batang daun bawang

* 60g bawang putih

* 30g halia

* 1 cawan serbuk cili / cili kering

* 30g gula

* 40G garam

* 100g udang kering

* 1 cawan air + 1 cawan cuka + 1camca air lemon

kubis di belah empat, atau 8 kemudiannya basuh bersih dan toskan sahingga benar-benar kering, setelah itu jemur dibawah sinar matahari sahingga betul2 layu.

Tuang garam ke dalam air dan kacau hingga benar-benar larut kemudiannya campurkan dgn cuka dan lemon.Masukkan kobis anda kedalam bekas, baldi atau tuppuware jens tinggi.susun elok di dalamnya kemudian Tuangkan larutan campuran air garam keatas kubis.

Letakkan piring atau tudung periok diatas kobis dan tindihkan dengan barang-barang berat supaya kobis itu tertekan. Biarkan selama 24 jam .

Alih-alihkan kedudukan kobis sekurang-kurangnya 2 kali dalam waktu itu.

Akhirnya tahap air garam akan melebihi kubis,

Sementara itu potong lobak ikut suka, daun bawang, bawang.

Parut halia dan bawang putih dan mesen cili kering.

keluarkan Kubis , cuci dalam air sejuk. Dan perah hingga keluar semua air garam.

Masukkan kobis dalam bekas dan tuangkan semua ramuan cil.. lobak daun bawang dan juga bawang sertah halia dan bawang putih.

Gaulkan supaya sebati.kenakan cili sehingga ke dalam kelopak2 kobis.Biarkan selama seminggu. Dan anda akan dapat hasilnya. Ubah ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.Kimcii enak campurkan di dalam masak lemak cilia api atau di goring bagitu sahaja bersama tauge ataupun selepas dikeluarkan di basuk dimayng halus dan dijadikan ulam.selamat mencuba