Jumaat, 24 Oktober 2014

DADA AYAM GULONG

Bahan yang diperlukan:

1 keping dada ayam yang sudah di  buang tulang. di belahdua dan kemudiannya di ketuk sahingga nipis..
bubuh garam -seeloknya guna garam buloh.
dua sudu lada hitam yang di tumbuk dengan 2 ulas bawang putih. dan juga seketul ( anggaran  besar ibu jari) kunyit hidup lumurkan ke dada ayam yang telah nipis dan biarkan selama 20 minit.

untuk tengahnya:

ikut suka anda nak bubuh apa-apa herba. saya  susunkan daun bawang, bubuh sedikit peria dan juga parutan lobak merah.atur ikut suka dan kemudiannya gulong ketat dan rapi. ikat dengan bebenang atau pun tali.

panaskan minyak dalam kuali dan kemudiannya goreng gulungan dada ayam sahingga garing dan kekuningan dan garing.

angkat dan buang tali pengikatnya. potong ikut suka.

untuk sosnya:

2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili masak
2 sudu perahan lemon
1 sudu parutan lemon
2 sudu  kecil madu
1 cawan air masak
garam ikut rasa

kesemuanya di tumbuk halus dan kemudiannya masukkan parutan lemon dan juga  air nya. kacau rata kemudiannya masukkan madu dan juga juga air masak. anda boleh memasaknya diatas api seketika untuk menjadikannya sebati dan kemudiannya bolehlah di tuangkan diatas gulungan ayam saat mahu memakannya.
dada ayam gulong

Selasa, 21 Oktober 2014

KEPAK AYAM MASAK KAREMAL BAWANG

Selepas keluar dari hospital saya dinasihatkan untuk mengambil beras perang... aduhhh beras ini memangnya kureng sadikit sedapnyaa dibandingkan dengan beras biasa. namun bagitulah yng baik itu selalunya kurang malah kadang tak sedap langsng.

saya mencuba berbagai lauk. Alhamdulillah hari ini saya jumpa lauk yang sedap dipadan kan dengan beras ini. saya namakanKepak  Ayam masak karemel bawang.

Bahan-bahannya

2 pasang kepak ayam
1 batang lobak merah
5 biji kentang
10 biji bawang besar
1  labu bawang putih
1  cawan daun bawang
1 sudu serbuk kayu manis
4 cawan air
1 suduparutan kulit lemon
garam ikut rasa
3 sudu makan minyak untuk menumis

Cara membuatnya.

1. kepak ayam di bersihkan dan potong ikut suka.
2. Bawang besar dan bawng putih dimayang.
3. panaskan minyak dan kemudiannya masukkan kesemua bawang  dan serbuk kulit kayu manis kacau dan kemudiannya tutup kuali/ periok. biarkan dalam 10 minit. kacau semula.
4. masukkan ayam.kacau rata . masukkan 4 cawan air, lobak dan kentang yang telah dipotong.tutup semula periok.
5.masukkan parutan kulit lemon serta garam, kacau rata.
6. bila kering masukkan daun bawang.
Kepak Ayam masak karemal bawang
bukan sahaja enak dimakan bersama nasi tetapi juga enak dimakan bersama roti dan juga di buat pencecah lempeng.

Selasa, 5 Ogos 2014

TAT ROTI MAYONIS

Bahan-bahannya

1 buku roti potong- ambil tengahnya sahaja
½ botol mayonis
2 sudu besar udang kering di kisar
½ batang lobak merah di parut
½ cawan daun sadari di cincang
1 sudu besar lada hitam
1 biji lemon
Garam, gula planta,
1 biji cili.

Cara membuatnya:

Setelah ditekap bulat, masukkan roti dalamacuan bulat yang telah disapu planta, kemudiannya sapu juga di atasnya.

Bakar selama 15 minit 180 darjah selcius.
Sejukkan.
Tuang mayonis dalam bekas, masukkan bawang kering, lada hitam lobak, daun saderi  ,perahkan lemon dan kacau.
Masukkan kedalam  tat roti bila mahu di hidangkan.
Hias ikut suka.

nota: seeloknya dilapik dengan daun -daun seperti salad, kobis baru di letakkan  campuran mayonis bagi mengelakkan roti cepat lembik dan tidak rangup.


Khamis, 22 Mei 2014

ROTI TELOR BAKAR

BAHAN-BAHANNYA

Beberapa keping roti potong
beberapa biji telor
sambal tumis
sedikit daun  sup atau kuchai untik hiasan.

CARANYA

tekap roti dengan cawan/ gelas ditengahnya dan kemudiannya di masukkan kedalam acuan pembakar yang sudah di sapu dengan sedikit planta.
pecahkan telor ditengahnya.
kemudiannya letaklah sedikit sambal tumis lebihan yang kita makan malam tadi.
bubuh daun sup atau kucai buat hiasan.
bakar dalam ketuhar selama 15 minit -


Ahad, 26 Mei 2013

masak lemak cili api pucuk ubi dan tempe peram

kebanyakan kita hanya menggunakan tempe yang elok-elok, yang putih melepak untk di goreng di gulai tetapi selalu mengetepikan tempe yang sudah mula lembik dan hilang warna putihnya.

tetapi sebenarnya tempe yang di peram ( sengaja di biarkan busuk), memang baunya agak busuk, tetapi bila kita dah tumis, baunya akan hilang langsung.

Bahan-bahannya ialah:

1.beberapa biji tempe yang sudah di peram
2.pucuk ubi
3.santan kelapa
tempe peram
4.ikan bilis
5. bawang merah - blender
6.cili api - blender.
7.garam
8. minyak untuk menumis.

cara memasaknya:

1. potong tempe ikut suka
2. pucuk ubi di rendam dama air garam dan di ramas beberapa kali.
3. tumis bahan-bahan blen dan juga ikan bilis.,
4 masukkan tempe dan  ditumis  dalam anggaran 15 minit..
5. masukkan pucuk ubi, gaul rata dan tambah 3 gelas air, biar hingga mendidih.
6. maukkan santan, garam dan serbuk perisa jika suka. biar hingga mendidih sekali lagi.
7. setelah menggelegak-siap untuk di hidangkan.

Jumaat, 24 Mei 2013

DALCA KULIT TEMBIKAI.

hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi  makanan yang agak asing bagi setengah orang- iaitu kulit tembikai yang biasanya kita buang bagitu sahaja.

kesukaran hidup satu masa lalu mengenalkan saya tentang enaknya kulit tembikai yang boleh di perbagaikan kegunaannya dari di buang bagitu sahaja, 

Bahan-bahan nya
1 mangkok kulit tembikai- buang kulit  luarnya dan ambil tengah nya.
1 mangkok perut lembu- dibersihkan dan dipotong-ikut suka
2 biji terong
2 biji kentang
2 cawan kacang dal- saya suka guna kacang dal yang merah/kuning kecil-senang hancur.

bahan-bahan  tumis

1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 ulas bawang putih-  di tumbuk
2 ulas bawang merah- ditumbuk
2 biji pelaga
1/2 inci halia.- di tumbuk
2 sudu besar rempah kari daging


caranya:
1. rebus kacang dal hingga empok.
2. masukkan terong dan kentang, juga perut lembu dan juga kulit tembikai.
3. dalam periok lain, panaskan minyak  sadikit sahaja, tumis semua bahan tumis dan juga masukkan rempah kari, biar hingga naik baunya.
4. ketika gulai anda menggelegak, masukkan bahan tumis ke dalam periok dalca, kacau dan kemudiannya boleh lah bubuh garam, perasa (jika suka) , air asam jawa sedikit. sesuaikan dgn selera anda.

enak dimakan bersama nasi dan juga roti
juga enak di tumis dgn ikan bilis atau udang.
Dalca


Khamis, 23 Mei 2013

SAMBAL SERAI

sambal serai ini sebenarnya memerlukan kesabaran untuk membuatnya.
bahan-bahan yang kita perlukan adalah

1 mangkok belimbing buloh
1 mangkok serai yang sudah di racik
1 mangkok ikan bilis

ketiga-tiga bahan ini di blender -tidak perlu halus sangat dan biarkan selama 3 jam.


bahan-bahan tumis:

1 mangkok bawang merah
1 mangkok bawang putih
1 mangkok cili api ( ikut suka pedas mana anda nak)
panas kan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut.
bila air agak kering, masukkan belimbing  serai yang sudah di perap tadi, gunakan api perlahan dan masak selama 3 jam, kerap di bolak balikkan supaya serata.Masukkan juga garam, serbuk perasa ( jika suka) dan sedikit  gula perang. kalau belimbing agak masak, ianya akan lebih berair dan memerlukan masa yang lebih lama untuk menjadikan ianya kering.
sedap dimakan dgn nasi panas dan juga roti. ianya juga tahan di simpan lama.