Selasa, 27 Januari 2015

Jamu Kencur dan Lempeng tapai kukus berlauk

 Untuk minuman anda di pagi hari selepas letih dan lesu mengerjakan kebun dan kerja harian.
Bahan-bahan
3 sdm Beras yang di sangrai
1 ruas halia- seeloknya gunakan halia bara
2 sdm air asam jawa.
½ ketul gula melaka.
2 cawan air
Sedikit garam.

Cara membuatnya
mula-mula beras disangan (disangrai), selanjutnya ditumbuk sampai halus
halia, kencur-cekur di tumbuk halus dan kemudiannya dimasak bersama air dan juga asam jawa setelah menggelegak ditapis dan bolehlah di minum.
Dapat menghilangkan lenguh-lenguh badan dan juga melegakan batuk
menikmati jamu hasil tangan sendiri adalah satu kepuasan berbanding membeli disamping kita boleh berjimat



Lempeng Tapai Kukus berlauk
bahan-bahannya
3 ketul tapai ubi
5 sdm tepung beras
5 cawan air
garam.

cara membuatnya.
 masukkan kesemua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus  dan lembut.
kemudiannya  masukkan dalam bekas yang anda suka dan kukus selama 20 minit.

untuk lauknya.
terpulang kepada anda, anda mahu menggunakan ayam daging atau hanya telur dan sedikit kucai spt dalam gambar saya..



Jumaat, 16 Januari 2015

Lempeng ubi bit

Bahan-bahannya

1 biji ubi bit
2 cawan tepong gandum
5 cawan air
1 biji telor ayam
4 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

cara  membuanya

1, bersihkan ubi bit dan di rebus hingga empok
2. toskan dan kemudiannya di kisar halus dgn 2 cawan air
dan di tapis.
3. campurkan dgn tepung, telor minyak dan air, adun hingga sebati.
4. adunan biarkan cair sebagaimana kita buat kuih dadar.
5. panaskan kuali dan lenserkan adunan hingga masak
6. bentuk ikut suka

LEMPENG BAYAM

bahan-bahannya:

2 cawan tepong gandum
1 mangkok bayam
1 biji telor ayam
5 cawan air
5 sudu makan minyak
garam secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Kisar bayam dengan 1 cawan air.
2, masukkan tepong dalam pengisar bersama bayam, masukkan juga telor, minyak, garam dan juga air, kisar lagi hingga sebati.
3. jika terlalu pekat, tambah lagi air, seeloknya biarlah cair spt kita membuat kuih dadar.
4. panaskan kuali dan dadarkan  adunan ke dalam kuali
5. Angkat dan bentuk ikut suka.
lempeng bayam



Rabu, 29 Oktober 2014

spinech poh Choy goreng

Spinech Poh Choy merupakan sejenis bayam yang selalu dimasak oleh kaum cina, masyarakat kita jarang menggunakannya dalam masakan, tidak tahu mengapa sedangkan ianya sejenis sayuran yang enak dan berkhasiat terutamanya vitamin c dalam sayuran berdaun
 hijau.

Saya suka sayur ini terutamanya bila di goreng dengan daging cincang.

Bahan-bahan yang saya gunakan.

2 ikat Poh Choy
1 cawan daging cincang
1 cawan bawang yang sudah di mayang
1/2 cawan bawang putih mayang
2 sudu lada hitam
minyak untuk menumis
garam ikut suka

caranya mudah sahaja>

siang dn basuh bersih sayur, asingkan batang dan daunnya.kemudiannya panaskan minyak dalam  kuali/periok dan masukkan bawang dan juga bawng putih, biar hingga keperangan tetapi jangan sampai hangus.Kemudian masukkan lada hitam, kacau rata.barulah masukkan daging cincang, gaul sebati dan biiarkan sekejap hingga daging masak baru ditambah dengan 1/2 cawan air.

masukkan pula batang sayur, kacau anggaran 5 minit baru masukkan daunnya, kacau sahingga semuanya layu dan berkilat, masukkan garam. kemudiannya bolehlah diangkat.




Jumaat, 24 Oktober 2014

RENDANG DARAT PEGAGA LADA HITAM

Rendang darat sangat sesuai untuk mereka yang dalam berpantang sama ada  berpantang kerana bersalin ataupun menjalani pembedahan.

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

1/2 kilo daging
2 ikat pegaga.
4 sudumakan lada hitam yang telah di tumbuk
2 sudumakan  bawang putih dimayang
3 sudumakan bawang besar dimayang
3 sudu makan halia tumbuk
2 sudu makan lengkuas tumbuk
1 mangkok santan
garam ikut suka

cara memasaknya

daging dipotong ikut suka an direbus hingga empok.
setelah daging empok masukkan semua bahan termasuk keseluruhan  pegaga yang telah di potong terlebih dahulu.
masukkan garam ikut suka.
masak sahingga kering.


mudahkan.

sedap dimakan bukan sahaja dengan nasi tetapi juga dengan roti.
jika anda tak suka daging, boleh gunakan ayam

DADA AYAM GULONG

Bahan yang diperlukan:

1 keping dada ayam yang sudah di  buang tulang. di belahdua dan kemudiannya di ketuk sahingga nipis..
bubuh garam -seeloknya guna garam buloh.
dua sudu lada hitam yang di tumbuk dengan 2 ulas bawang putih. dan juga seketul ( anggaran  besar ibu jari) kunyit hidup lumurkan ke dada ayam yang telah nipis dan biarkan selama 20 minit.

untuk tengahnya:

ikut suka anda nak bubuh apa-apa herba. saya  susunkan daun bawang, bubuh sedikit peria dan juga parutan lobak merah.atur ikut suka dan kemudiannya gulong ketat dan rapi. ikat dengan bebenang atau pun tali.

panaskan minyak dalam kuali dan kemudiannya goreng gulungan dada ayam sahingga garing dan kekuningan dan garing.

angkat dan buang tali pengikatnya. potong ikut suka.

untuk sosnya:

2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji cili masak
2 sudu perahan lemon
1 sudu parutan lemon
2 sudu  kecil madu
1 cawan air masak
garam ikut rasa

kesemuanya di tumbuk halus dan kemudiannya masukkan parutan lemon dan juga  air nya. kacau rata kemudiannya masukkan madu dan juga juga air masak. anda boleh memasaknya diatas api seketika untuk menjadikannya sebati dan kemudiannya bolehlah di tuangkan diatas gulungan ayam saat mahu memakannya.
dada ayam gulong

Selasa, 21 Oktober 2014

KEPAK AYAM MASAK KAREMAL BAWANG

Selepas keluar dari hospital saya dinasihatkan untuk mengambil beras perang... aduhhh beras ini memangnya kureng sadikit sedapnyaa dibandingkan dengan beras biasa. namun bagitulah yng baik itu selalunya kurang malah kadang tak sedap langsng.

saya mencuba berbagai lauk. Alhamdulillah hari ini saya jumpa lauk yang sedap dipadan kan dengan beras ini. saya namakanKepak  Ayam masak karemel bawang.

Bahan-bahannya

2 pasang kepak ayam
1 batang lobak merah
5 biji kentang
10 biji bawang besar
1  labu bawang putih
1  cawan daun bawang
1 sudu serbuk kayu manis
4 cawan air
1 suduparutan kulit lemon
garam ikut rasa
3 sudu makan minyak untuk menumis

Cara membuatnya.

1. kepak ayam di bersihkan dan potong ikut suka.
2. Bawang besar dan bawng putih dimayang.
3. panaskan minyak dan kemudiannya masukkan kesemua bawang  dan serbuk kulit kayu manis kacau dan kemudiannya tutup kuali/ periok. biarkan dalam 10 minit. kacau semula.
4. masukkan ayam.kacau rata . masukkan 4 cawan air, lobak dan kentang yang telah dipotong.tutup semula periok.
5.masukkan parutan kulit lemon serta garam, kacau rata.
6. bila kering masukkan daun bawang.
Kepak Ayam masak karemal bawang
bukan sahaja enak dimakan bersama nasi tetapi juga enak dimakan bersama roti dan juga di buat pencecah lempeng.

Selasa, 5 Ogos 2014

TAT ROTI MAYONIS

Bahan-bahannya

1 buku roti potong- ambil tengahnya sahaja
½ botol mayonis
2 sudu besar udang kering di kisar
½ batang lobak merah di parut
½ cawan daun sadari di cincang
1 sudu besar lada hitam
1 biji lemon
Garam, gula planta,
1 biji cili.

Cara membuatnya:

Setelah ditekap bulat, masukkan roti dalamacuan bulat yang telah disapu planta, kemudiannya sapu juga di atasnya.

Bakar selama 15 minit 180 darjah selcius.
Sejukkan.
Tuang mayonis dalam bekas, masukkan bawang kering, lada hitam lobak, daun saderi  ,perahkan lemon dan kacau.
Masukkan kedalam  tat roti bila mahu di hidangkan.
Hias ikut suka.

nota: seeloknya dilapik dengan daun -daun seperti salad, kobis baru di letakkan  campuran mayonis bagi mengelakkan roti cepat lembik dan tidak rangup.


Khamis, 22 Mei 2014

ROTI TELOR BAKAR

BAHAN-BAHANNYA

Beberapa keping roti potong
beberapa biji telor
sambal tumis
sedikit daun  sup atau kuchai untik hiasan.

CARANYA

tekap roti dengan cawan/ gelas ditengahnya dan kemudiannya di masukkan kedalam acuan pembakar yang sudah di sapu dengan sedikit planta.
pecahkan telor ditengahnya.
kemudiannya letaklah sedikit sambal tumis lebihan yang kita makan malam tadi.
bubuh daun sup atau kucai buat hiasan.
bakar dalam ketuhar selama 15 minit -


Ahad, 26 Mei 2013

masak lemak cili api pucuk ubi dan tempe peram

kebanyakan kita hanya menggunakan tempe yang elok-elok, yang putih melepak untk di goreng di gulai tetapi selalu mengetepikan tempe yang sudah mula lembik dan hilang warna putihnya.

tetapi sebenarnya tempe yang di peram ( sengaja di biarkan busuk), memang baunya agak busuk, tetapi bila kita dah tumis, baunya akan hilang langsung.

Bahan-bahannya ialah:

1.beberapa biji tempe yang sudah di peram
2.pucuk ubi
3.santan kelapa
tempe peram
4.ikan bilis
5. bawang merah - blender
6.cili api - blender.
7.garam
8. minyak untuk menumis.

cara memasaknya:

1. potong tempe ikut suka
2. pucuk ubi di rendam dama air garam dan di ramas beberapa kali.
3. tumis bahan-bahan blen dan juga ikan bilis.,
4 masukkan tempe dan  ditumis  dalam anggaran 15 minit..
5. masukkan pucuk ubi, gaul rata dan tambah 3 gelas air, biar hingga mendidih.
6. maukkan santan, garam dan serbuk perisa jika suka. biar hingga mendidih sekali lagi.
7. setelah menggelegak-siap untuk di hidangkan.

Jumaat, 24 Mei 2013

DALCA KULIT TEMBIKAI.

hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi  makanan yang agak asing bagi setengah orang- iaitu kulit tembikai yang biasanya kita buang bagitu sahaja.

kesukaran hidup satu masa lalu mengenalkan saya tentang enaknya kulit tembikai yang boleh di perbagaikan kegunaannya dari di buang bagitu sahaja, 

Bahan-bahan nya
1 mangkok kulit tembikai- buang kulit  luarnya dan ambil tengah nya.
1 mangkok perut lembu- dibersihkan dan dipotong-ikut suka
2 biji terong
2 biji kentang
2 cawan kacang dal- saya suka guna kacang dal yang merah/kuning kecil-senang hancur.

bahan-bahan  tumis

1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 ulas bawang putih-  di tumbuk
2 ulas bawang merah- ditumbuk
2 biji pelaga
1/2 inci halia.- di tumbuk
2 sudu besar rempah kari daging


caranya:
1. rebus kacang dal hingga empok.
2. masukkan terong dan kentang, juga perut lembu dan juga kulit tembikai.
3. dalam periok lain, panaskan minyak  sadikit sahaja, tumis semua bahan tumis dan juga masukkan rempah kari, biar hingga naik baunya.
4. ketika gulai anda menggelegak, masukkan bahan tumis ke dalam periok dalca, kacau dan kemudiannya boleh lah bubuh garam, perasa (jika suka) , air asam jawa sedikit. sesuaikan dgn selera anda.

enak dimakan bersama nasi dan juga roti
juga enak di tumis dgn ikan bilis atau udang.
Dalca


Khamis, 23 Mei 2013

SAMBAL SERAI

sambal serai ini sebenarnya memerlukan kesabaran untuk membuatnya.
bahan-bahan yang kita perlukan adalah

1 mangkok belimbing buloh
1 mangkok serai yang sudah di racik
1 mangkok ikan bilis

ketiga-tiga bahan ini di blender -tidak perlu halus sangat dan biarkan selama 3 jam.


bahan-bahan tumis:

1 mangkok bawang merah
1 mangkok bawang putih
1 mangkok cili api ( ikut suka pedas mana anda nak)
panas kan minyak dan tumis bahan-bahan tersebut.
bila air agak kering, masukkan belimbing  serai yang sudah di perap tadi, gunakan api perlahan dan masak selama 3 jam, kerap di bolak balikkan supaya serata.Masukkan juga garam, serbuk perasa ( jika suka) dan sedikit  gula perang. kalau belimbing agak masak, ianya akan lebih berair dan memerlukan masa yang lebih lama untuk menjadikan ianya kering.
sedap dimakan dgn nasi panas dan juga roti. ianya juga tahan di simpan lama.

Jumaat, 29 Jun 2012


MANDAI makanan tradisonal masyarakat Banjar

Makanan ini sudah mula dilupakan oleh masyarakat Banjar khasnya generasi hari ini, walaupun saya bukan Banjar ( saya jawa Malaysia), tetapi setelah merasainya di rumah kawan, langsung saya tertarik dan mencubanya, sejak itu ainya jadi salah satu masakan kegemaran keluarga saya.
Membuatnya juga tidak susah. Anda hanya perlu memilih kulit cempedak yang agak tebal, kemudiannya buang kulit arinya( kulit luar yang menggerutu) kemudiannya di putong kecil-kecil. Ada setengah suka  jeraminya sekali-itu terpulang sama ada anda mahu memeram jeraminya sekali atau tidak.
Kulit yang dah siap dipotong di basuh dan toskan.setelah kering, ambik garam halus- kalau 1 biji cempedak dalam anggaran 2-3 genggam garam halus, gaul kan rata dan kemudiannya masukkan dalam balang. Peraplah.
Sebenarnya dalam masa 3 hari ainya sudah boleh dimasak,namun ia boleh di simpan hingga bertahun lamanya....jika anda membuatnya hari ini, ianya  sesuai  kita gunakan untuk makan sahur pada bulan puasa nanti.

cara memasaknya:

bahan-bahannya:
1 mangkok mandai
1 cawan ikan bilis
1 cawan bawang besar mayang
bawang putih ikut suka
cili api ikut suka
minyak untuk menumis.

cara membuantnya;

1. rendam mandai di dalam air panas, bila sejuk, ramas dan toskan sahingga kering
2. panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih , cili, ikan bilis hingga layu kemudiannya masukkan mandai- kalau anda rasa kurang masin tambah garam- tapi selalunya mandai sudah mempunyai rasa masin yang tersendiri.
ianya juga boleh ditambahkan dengan kentang goreng dan lain2 seperti daging yang sudah di rebus terlebih dahulu ikut selera dan cita rasa anda.

mandai sedap dimakan bersama nasi panas2...

selamat mencuba,

Jumaat, 24 Jun 2011

jeruk kobis



Anda pernah tak dengar kimci?, kalau anda kepasar anda tentunya akan menemui kobis yang berwarna merah, ataupun setengah orang memanggilnya kobis jeruk, biasanya ianya di beli oleh orang-orang cina. mungkin sebab itu ia agak asing buat kita.kalau anda was-was untuk membelinya dipasar raya, bagaimana kalau kita cuba membuatnya sendiri, kerana ianya dapat kita gunakan di saat kita mungkin kehabisan bahan untuk masak sedangkan ade tetamu yang berkunjung ke rumah, atau kita jadikan menu waktu sesak.

caranya ialah:

Untuk air garam ini:

* 250g garam * 3 1 / 3 cawan air



Untuk bahan:

* 11 lbs. kubis bunga atau kobis biasa.

* 3 lbs. lobak putih

* 2 bawang

* 3 batang daun bawang

* 60g bawang putih

* 30g halia

* 1 cawan serbuk cili / cili kering

* 30g gula

* 40G garam

* 100g udang kering

* 1 cawan air + 1 cawan cuka + 1camca air lemon

kubis di belah empat, atau 8 kemudiannya basuh bersih dan toskan sahingga benar-benar kering, setelah itu jemur dibawah sinar matahari sahingga betul2 layu.

Tuang garam ke dalam air dan kacau hingga benar-benar larut kemudiannya campurkan dgn cuka dan lemon.Masukkan kobis anda kedalam bekas, baldi atau tuppuware jens tinggi.susun elok di dalamnya kemudian Tuangkan larutan campuran air garam keatas kubis.

Letakkan piring atau tudung periok diatas kobis dan tindihkan dengan barang-barang berat supaya kobis itu tertekan. Biarkan selama 24 jam .

Alih-alihkan kedudukan kobis sekurang-kurangnya 2 kali dalam waktu itu.

Akhirnya tahap air garam akan melebihi kubis,

Sementara itu potong lobak ikut suka, daun bawang, bawang.

Parut halia dan bawang putih dan mesen cili kering.

keluarkan Kubis , cuci dalam air sejuk. Dan perah hingga keluar semua air garam.

Masukkan kobis dalam bekas dan tuangkan semua ramuan cil.. lobak daun bawang dan juga bawang sertah halia dan bawang putih.

Gaulkan supaya sebati.kenakan cili sehingga ke dalam kelopak2 kobis.Biarkan selama seminggu. Dan anda akan dapat hasilnya. Ubah ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.Kimcii enak campurkan di dalam masak lemak cilia api atau di goring bagitu sahaja bersama tauge ataupun selepas dikeluarkan di basuk dimayng halus dan dijadikan ulam.selamat mencuba

Isnin, 20 Jun 2011

resepi: acar batang &daun betik



bahan-bahannya:



batang, tangkai dan daun betik ikut suka.

1 biji bawang besar-dimayang

5 biji bawang putih dibelah dua

1 sudu halia yg sudah dimayang

2 susu minyak masak

1 sudu serbuk lada hitam

1 sudu serbik lada putih

1 sudu gula.

3 sudu garam kasar.


cara membuatnya.

1. didihkan air dalam periuk, campurkan dua ke tiga titik minyak dan kemudinnya garam kasar 3 sudu.setelah mendidih masukkan batang dan tangkai betik, kemudiannya masukkan pula daun betik.

2. setelah layu dan empuk, tuang kedalam penapis dan alirkan dibawah air mengalir, balik-balikkan berulang kali kemudiannya rensam dalam air sejuk ( air batu) dalam setengah jam.

3. tumiskan bawang merah dan bawang putih serta halia, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. tambah air ikut suka dan kemudiannya masukkan gula setelah menggelegak masukkan daun dan batang betik yang telah di tos. kacau sebati dan rasa garamnya kalau masih rasa masin x perlu lagi tambah garam,.

NOTA: merebus daun atau batang betik gunakan garam kasar, kerana ianya akan mengurangkan rasa pahit.

pilih daun yang agak tua kerana daun tua bila diramas dengan garam kasar akan menghilang rasa pahit dan menjadikannya lemak.

semua sedia maklum daun betik pahit, tetapi jika kita betuk memasaknya pahitnya akan berkurangan dan aianya menjadi pahit-pahit lemak. nak kata hilang 100% pahit tu memanglah mustahil-dan x kan lah ada identiti betik, tapi sekadar hilang 80% pun sudah sangat sedappp.

jangan takut rasa pahit. kerana ianya sangat baik buatkita yang mengidap darah tinggi dan juga kencing manis. selamat mencuba.

Ahad, 19 Jun 2011

masak taucu cili hijau berkuah nenas.



bahan-bahannya;

1 mangkok cili muda

5 biji bawang basar

1 labu bawang putih

2 sudu halia yg dimayang

1 cawan taucu

1 cawan ikan bilis ( atau ikan yg digoreng terlebih dahulu)

2 cawan air rebusan nenas.

garam dan minyak untuk menumis.


caranya;

1. mayang cili. halia, bawang merah dan bawang putih.

2. panaskan minyak dan tumis semua bahan mayang hingga kesemuanya nampak layu, kemudianya masukkan ikan bilis dan taucu.

3. masukkan air nenas dan biarkan hingga menggelegak.

4. masukkan garam .biarkan agak kering kalau suka, boleh juga biarkan berkuah.

5 sedia untuk di hidangkan

*selain air nenas, jika anda masak taucu ikan, ianya sangat enak jika anda masukkan air kelapa sebagai kuahnya.

Isnin, 13 Jun 2011

KULIT UBI KAYU





anda kenal tak ape benda dalam gambar ini?

kalau nak tahu inilah kulit ubi kayu. kenapa saya letakkan dia dalam blog saya? mesti ada citenya kan..hehehe.

sebanarnya Ubi kayu sangat enak dimakan secara rebus iaitu dimakan bersama kelapa yang telah diparut serta dicampurkan sedikit gula , di rebus cicah sambal tumis ikan bilis atau ikan masin goreng..waw...malah ubi kayu juga sedap di masak lemak. di buat asam pedas. di buat sambal goreng. malah sedap juga di goreng garing selain dibuat kerepek, buat getok gamplek dan tiwul tiga jenis makanan jawa yang dibuat sepenuhnya dari ubi .pendeknya ubi boleh diperbagaikan.


Ubi kayu juga sangat popular bagi membuat pelbagai kuih-muih tradisional. Di Kelantan, ubi kayu rebus menjadi hidangan istimewa di musim tengkujuh. Sesetengah orang mengambil kesempatan di musim tengkujuh meraih pendapatan lumayan dengan menjual sejenis kuih tradisional yang digelar “putu ubi kayu”. ubi kayu juga di kernali sebagai ubi benggala atau ubi belanda,di setengah tempat. namun tumbuhan yang nama saintifiknya (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae ) banyak ditanam di kawasan-kawasan rumah di kampung-kampung. Dikatakan berasal dari bahagian tropika benua Amerika,


Antara khasiat Perubatan Ubi:


* Ditumbuk/dikisar lumat dan digunakan untuk mengubati bisul dengan menampalkan pada bisul yang telah terbuka.

* Sekeping hirisan ubi kayu boleh ditampalkan pada tempat patukan ular (rawatan di hospital harus diutamakan terlebih dahulu).

* Hirisan ubi kayu yang telah dijemur kering, dicampurkan sedikit air kemudian ditampalkan pada kulit bagi merawat luka, bisul, nanah dan ekzema.

* Sedikit parutan ubi kayu, dicampur air kemudian ditelan dapat merawati cirit-birit dan sakit dada.


Daun:

* Menurut petua orang-orang tua, daun ubi kayu yang baru dipetik diletakkan di atas kepala dapat menghilangkan sakit kepala.

* Air rebusan daun ubi kayu dijadikan air mandian bagi merawat demam influenza.Bahagian akar:

* Biasanya dicampurkan dengan bahan-bahan perubatan tradisional yang lain kemudian direbus untuk diminum bagi mengubati sakit-sakit urat dan badan.Bahagian kulit pokok:

* Dapat digunakan untuk merawat reumatisme iaitu dengan merebusnya dan diminum.


Amaran!!

Ubi kayu yang ditanam di tanah yang mempunyai banyak zat nitrogen tetapi kurang kalium, ditambah hujan awal selepas musim kemarau, akan menghasilkan lebihan toksik hidrogen sianida dalam ubi kayu. Seseorang dilarang memakan hidrogen sianida lebih daripada 1mg dalam sehari kerana mengakibatkan keracunan. Apabila sel-sel yang menimpan bahan ini pecah, bahan toksik tadi bertindak balas dengan enzim linamaras dan akan hilang dengan meruap ke udara dan bahan yang dimakan tidak lagi berbahaya.


Kerana itulah ubi kayu mesti di potong-potong sebelum memasak kerana jika tidak bahan toksik yang terperangkap dalam sel-sel tidak akan hilang.namun tahukah anda bahawa kulit ubi kayu sangat sedap dibuat sambal goreng. seorang kawan yang saya bagi dia rasa sambal goreng kulit ubi mencadangkan saya mengkomerselkannya dgn nama sambal goreng "Kulbi....."

Ahad, 12 Jun 2011

Mayonnis

kita semua suka mayonis kan...apa kata kita cuba buat sendiri....
baru-baru nie anak mira yg bongsu yang belajar di cargo mas-sekolah culinary, balik dan dia lak mengajar mira buat mayonis...kerana dia tau mak dia sangat sukakan mayonnis...
rupanya senang je...dan mira nak kongsi pada yg sudi.
bukan sesekali nk tunjuk pandai- sekurang-kurangnya kita suri rumah boleh lah jimat sikit duitkan...
anda cuma perlukan:
2 biji kuning telor
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula castor
11/2 sudu teh perahan lemon
1 sudu teh lada hitam1 cawan minyak masak
1 sudu teh cuka.
cara membuatnya
1. masukkan kuning telor, garam, gula, perahan lemon, lada hitam, cuka kedalam pengisat dan kisar sampai telor menjadi putih, tuangkan minyak sedikit-sedikit-putar-tuang lagi, putar sampai minyak habis.terus putar sahingga pekat dan anda boleh masukkan ke dalam botol dan simpan ke dalam peti sejuk.anda juga boleh buat ikut perisa, kalau nak perisa papermint- bubuhlah ppermints...dan lain.-lain.jumlah ini sedikit kerana buatan seniri ni tahanlah 2 minggu sahaja...
ok lah kan kita dapat yg fresh..
selamat mencuba..

Rabu, 8 Jun 2011

jantung tidak lebam.



Memandangkan ramai teman-teman yang mula mengikuti masakan-masakan saya, blog ini saya hasilkan bukan sahaja untuk masakan tetapi apa juga jenis perkara berkaitan dgn perkara-perkara yang melibatkan pusat rumahtangga iaitu dapur.


dapur sangat besar fungsinya dalam kehidupan. banyak cerita di sebalik dapur yang boleh kita jadikan contoh dan ambil iktibar darinya...


jantung pisang tidak lebam.


sering kali bila kita merebus jantung pisang kita akan mendaati jantung iang kita lebm sampai lah ke tengahnya dan secara tak langsung menghilangkan selera....kalau sudi cuba cara saya...

1. jerangkan air dalam periok bersama 2 atau 3 keping asam jawa.

2. biarkan dia betul2 menggelegak.

3. potong jantung pisang- buat kelopak luarnya anggaran 3-4 kelopak

4. masukkan sedikit garam

5. masukkan jantung piang dan rebuslah sampai masak.

6. buang air panas dan terus ganti dengan air sejuk.

7. angkat bila anda sudah bersedia untuk menghidangkannya.

bila anda potong, anda akan dapati jantung pisang anda putih dan tidak lebam.


bagi mereka yang suka berulamkan jantung pisang mentah.anda hanya perlu, memotongnya kepada dua bahagian dan kemudiannya rendam dalam air garam yang dicampur sedikit kapur.ianya bukan sahaja mengelakkannya menjadi lebam, tetapi jantung pisng bertambah rangup dan sedap..

selamat mencuba.